Selasa, 19 September 2017

Notis: Maaf tiada sebarang update dalam tempoh 2 minggu


Maaf untuk semua yang sudi singgah and follow TPB, dalam tempoh 2 minggu ni, saya terpaksa pergi ke klinik berturut-turut setiap hari untuk check blood pressure. Oleh kerana kerap mengalami sakit kepala/migraine terpaksa la saya melupakan sekejap blog TPB ni.
Maaf sekali lagi.
P/S: Sesiapa yang sakit kepala atau sakit-sakit yang lain, better terus pergi check di klinik berdekatan ok. Kalau dah melarat ni susah,lagi susah bila dah menganggu kerja kat ofis.
Aduhai....
Harap takda apa-apa yang merisaukan.
Bye


Read more...

Selasa, 12 September 2017

Quote of the day #3


Life is not easy, you have to overcome your obstacles with your own strength without hesitation.
Do what is right, not what is easy.
Remember! all good things comes with great determination.
Have a nice day!!


Read more...

Isnin, 4 September 2017

Cara Refund dalam Google Play (e-book, games and other android purchasing)

Hai semua, kali ni TPB nak share  cara untuk kita buat refund dalam google play. Mungkin ramai yang dah tahu, mungkin ada juga yang masih tertanya-tanya macam mana nak refund duit sedangkan kita tak buat purchasing pun atau pun kawan or family member kita yang buat pembelian tanpa pengetahuan kita. lol. Mostly dalam google play ni nak refund purchasing berkaitan apps sahaja.

Untuk maklumat semua, refund ni hanya boleh dibuat dalam tempoh 48 JAM sahaja selepas pembelian di buat. Macam mana nak tahu yang ada orang buat pembelian? Sesiapa sahaja yang mempunyai account google play mesti akan dapat email pembelian yang dibuat dari situ kita boleh tahu detail pembelian-berapa amount, barang apa yang dibeli ( mostly in app-purchase dalam game android).

Jangan Log in di telefon anda, Kena guna komputer.!


1.Mula-mula, mesti kena log in dalam google play account



2.Dah log in dalam google play account, terus scroll down pada bahagian order history



kemudian, klik pada tiga titik yang di hujung tu then klik pada report a problem.


3. Select option report anda


anda boleh pilih option yang berkaitan dengan refund anda.


4. Masukkan sedikit penjelasan mengenai masalah anda


Sila tulis di bahagian "please describe your issue" untuk meyakinkan lagi google bahawa bukan anda yang buat pembelian tersebut. 

5. google akan email mengenai keputusan refund. 



tadaaaaaa!!!! tepuk tangan sikit. huhuhu.


Anda kena ingat, proses refund ini akan mengambil masa dari 3-5 hari bekerja dan juga bergantung pada jenis bank dan kad bank yang digunakan oleh anda. Untuk proses yang mengguna carrier billing akan mengambil masa selama 10- 20 hari bekerja. Tetapi pembelian jenis carrier billing adalah yang paling susah untuk approve terutamanya yang menggunakan jenis prepaid. Apa-apa pun, mencuba adalah lebih baik dari biarkan duit tu burn macam tu je. Betul tak?

Sekian dari TPB.







Read more...

Selasa, 29 Ogos 2017

TAHUKAH ANDA?- EMAS KE-111 Malaysia SEA GAMES 2017 oleh Jaguh Dunia Azizulhasni

Hai semua, Kejohanan sukan SEA ke-29 hampir melabuhkan tirainya, kita lihat semakin banyak kutipan pingat emas yang dikumpul oleh atlet-atlet berbakat negara kita Malaysia, dalam begitu banyak persaingan sengit dari negara-negara jiran kita, dengan kemelut-kemelut yang melanda Sukan SEA edisi ke 29 ini kita masih mampu lagi memberikan yang terbaik.

Tahukah anda Malaysia meletakkan sasaran 111 kutipan pingat emas? Menyamai rekod pada kejohanan tahun 2001,Malaysia mengumpul 111 pingat emas ketika itu (bangga). Mungkin ramai yang sudah tahu emas ke-111 ini disumbangkan oleh siapa namun mungkin juga ada yang belum tahu atau tak nak ambil tahu. Juara dunia, Mohd Azizulhasni Awang menyumbang pingat emas ke-111 itu selepas menewaskan rakan sepasukan, Muhamad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut final di Veldrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan (Bukan sahaja Emas, Perak pun kita sapu.) #Bangga lagi.



Detik perkiraan angka 111 bermula selepas skuad gimrama meraih pingat emas ke-100 menerusi Amy Kwan Dict Weng dalam acara riben dan kutipan pingat meningkat menerusi acara gimrama, terjun, silat, skuasy dan hoki sebelum skuad berbasikal negara menghadiahkan emas ke-109, 110 dan 111.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memilih Twitter untuk berkongsi berita gembira apabila beliau tweet “Mission accomplished. #111 done. #KitaJuara” menunjukkan Malaysia muncul juara keseluruhan.
TAHNIAH TEAM MALAYSIA!! #KL2017 #SEAGAMES2017 #RISINGTOGETHER


baca lanjut di freemalaysiatoday

Read more...

Jumaat, 25 Ogos 2017

Cara buat signature online






cara nak buat signature macam yang diatas sangat mudah dan simple- hanya perlu klik link ini,

klik start > tulis signature yang anda mahu > pilih design > pilih size > pilih warna background dan tulisan > klik download (ada dua,GIF dan PNG) ikut suka anda. 

tiada bayaran dan sangat mudah untuk dibuat dan terdapat lebih dari 100 design untuk dicuba. Cubalah. 
P/S: Boleh save sebagai GIF atau PNG.

Boleh share di Blog ni nanti. Hehehe


Read more...